Antara Intipati Sebelum Datang ke UPMKB
PERKHIDMATAN BAS UNTUK PELAJAR BAHARU
Berita baik kepada mahasiswa sekalian. Anda (mahasiswa/mahasiswi baru sekalian)tidak
perlu risau berkenaan pengangkutan bas daripada Lapangan Terbang Bintulu atau
dari Terminal Bas Ekspress Bintulu ke Kolej Sri Rajang, UPMKB. Jika anda datang
tepat dan tiba di Lapangan Terbang Bintulu pada tarikh yang dimaklumkan seperti
didalam surat tawaran,maka anda (mahasiswa/mahasiswi baru) dapatlah menggunakan
perkhidmatan ini.
PROGRAM MINGGU SUAI KENAL
Minggu Suai Kenal Perkasa Putra Universiti Putra Malaysia diadakan selama lapan
(8) hari dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Program ini akan memberikan
pendedahan awal kepada anda (mahasiswa/mahasiswi baru sekalian) bagi memudahkan
penyesuaian diri dengan suasana kampus dan budaya hidup sebagai mahasiswa/mahasiswi
di universiti.Anda (mahasiswa/mahasiswi baru sekalian) boleh merujuk jadual program
minggu suai kenal di sini (sila klik)
Dalam masa tersebut, mahasiswa/mahasiswi akan diberikan maklumat penting
berkenaan program pengajian, halatuju kerjaya dan kemudahan yang ditawarkan
sepanjang berada di UPMKB. Manfaat daripada menghadiri program ini,anda
(mahasiswa/mahasiswi baru sekalian) akan menjadi lebih bersedia, mempunyai
panduan dan halatuju selari dengan tekad, usaha dalam mencapai cita-cita untuk
bergraduat dengan cemerlang.
Adalah menjadi harapan UPMKB agar mahasiswa/mahasiswi yang dilahirkan kelak
faham akan matlamat negara dan aspirasi bangsa, mempunyai kesedaran dan jati
diri, semangat juang yang kental, beriman, berdisiplin, berilmu dan
professional.
PERSEDIAAN UNTUK PENDAFTARAN
Bagi memudahkan proses pendaftaran kelak, anda (mahasiswa/mahasiswi baru
sekalian)diminta untuk menyediakan dan membawa dokumen seperti berikut ;
i.Surat Tawaran Kemasukan/ online ke Universiti
ii.Kad Pengenalan / passport
iii.Sijil Berhenti Persekolahan dan Surat Akuan lain yang berkaitan
iv.Salinan Surat Tawaran Biasiswa/ Pinjaman/ Dermasiswa/ Jaminan KWSP dan
sebagainya (jika ada)
v.Dua (2) set salinan dokumen berikut yang telah disahkan untuk tujuan
permohonan biasiswa/ pinjaman:
- Sijil kelahiran diri dan ibu bapa;
- Sijil keputusan peperiksaan PMR/SPM/STPM/ Diploma dan sijil aktiviti ko
kurikulum.
- 1 salinan Penyata Pendapatan (Borang J/ Penyata Gaji/ Kad Pesara Kerajaan)
yang terkini ibu bapa/ penjaga/ suami isteri.
(Bagi ibu bapa/ penjaga/ suami / isteri yang bekerja sendiri dan tidak
mempunyai dokumen berkenaan, sila sediakan surat pengesahan pendapatan
yang disahkan oleh pegawai seperti di perenggan 7.8(k) dengan menyatakan
nama dan nombor kad pengenalan, berkaitan dengan pemohon dan jumlah
pendapatan bulanan)
vi. Gambar sebanyak 12 keping berwarna mengikut ukuran pasport
(berlatarbelakangkan warna biru) / Imej secara digital.
Catatan : Sila tuliskan no. matrik, nama dan no. kad pengenalan di belakang
setiap keping gambar.
TEMPAT MENDAFTAR
Lokasi pendaftaran mahasiswa/mahasiswi baharu adalah di alamat berikut :
Dewan Makan 1, Kolej Sri Rajang,
Jalan Mulu, UPM Kampus Bintulu,
Bintulu, Sarawak.
Papan tanda penunjuk arah akan dipamerkan bermula daripada kedua-dua laluan
masuk UPMKB sama ada menggunakan Jalan Nyabau atau Jalan Li Hua sehingga ke
Kolej Sri Rajang, UPMKB. Sila rujuk lampiran peta lokasi UPMKB (Klik pada peta
lokasi) untuk panduan kenderaan daripada Miri, Sibu dan Bintulu.
PERSEDIAAN UNTUK PENGINAPAN
Anda (mahasiswa/mahasiswi baru sekalian) juga dinasihatkan untuk membawa
pakaian dan barang-barang berikut semasa datang melaporkan diri ke UPMKB ;
i.Pakaian sendiri yang sesuai untuk kegunaan harian dan majlis rasmi selaras
dengan program Minggu Suai Kenal Perkasa Putra.
ii.Pakaian sukan seperti baju kemeja T, ‘track bottom’ dan kasut sukan
iii.2 helai selimut dan 3 helai cadar
iv.Sarung Bantal
v.Sejadah bagi pelajar yang beragama Islam
vi.2 helai tuala mandi
vii.Keperluan lain seperti baldi dan sebagainya
PENGINAPAN IBU BAPA
Dukacita dimaklumkan bahawa penginapan di Kolej Sri Rajang hanya disediakan
kepada mahasiswa baharu sahaja. Ibu bapa, keluarga atau pengiring kepada
pelajar baharu TIDAK DISEDIAKAN kemudahan penginapan dan dinasihatkan untuk
membuat tempahan penginapan di hotel/ rumah tumpangan yang berdekatan dengan
UPMKB. Senarai hotel dan rumah tumpangan (sila klik)
Kemudahan teksi di Bintulu amat mudah diperolehi dengan menghubungi nombor
hotline 086-332009. Untuk rujukan anggaran kadar tambang teksi di sekitar
Bintulu (sila
klik)
URUSAN IMIGRESEN
1. Dokumen Perjalanan Terhad
Anda (mahasiswa/mahasiswi baru sekalian) dari Semenanjung dan Sabah yang
mendapat tawaran pengajian di UPMKB dinasihati untuk memohon Dokumen Perjalanan
Terhad (DPT) di Pejabat Imigresen yang berhampiran dengan tempat tinggal
masing-masing. Anda (mahasiswa/mahasiswi baru sekalian)juga dikehendaki untuk
mengemukakan dokumen berikut semasa membuat permohonan :
i.2 salinan kad pengenalan ( Sila bawa kad pengenalan asal dan sijil lahir
asal)
ii.2 keping gambar ukuran passport
iii.RM 1.00 untuk pembelian borang IM.42-Pin 1/97 di Pejabat Imigresen.
iv.Ibu bapa atau pengiring anda tidak
perlu membuat passport memandangkan ibu bapa
atau pengiring anda tidak tinggal disini melebihi 3
bulan.Tetapi,sekiranya mereka
berbuat demikian,maka hendaklah mereka membuat passport seperti anda (mahasiswa/mahasiswi baru) juga.
2. Permohonan Pas Pelajar
Dokumen Perjalanan Terhad hendaklah dibawa bersama untuk pemeriksaaan oleh
pihak Imigresen di pintu masuk lapangan terbang Kuching atau Lapangan Terbang
Bintulu. Dokumen tersebut juga perlu diserahkan kepada Unit Kewangan dan
Kebajikan Pelajar, Pejabat Timbalan Dekan (HEP), UPMKB semasa hari pendaftaran
bagi tujuan urusan permohonan pas pelajar. Sila kemukakan bersama dokumen
berikut :
i.Buku Dokumen Perjalanan Terhad (DPT)
ii.1 salinan kad pengenalan
iii.1 keping gambar berukuran passport
iv.1 salinan surat tawaran dari Universiti
v.RM 1.00 untuk borang permohonan pas pelajar (Im. 14-pin. 1/93)
MAKLUMAT TAMBAHAN
i. Bantuan Kewangan - Biasiswa/Pinjaman (sila klik)
ii. Senarai Talian Penting Untuk Di Hubungi (sila klik)
Ketibaan Diriku ke UPMKB
Setelah rombonganku memilih untuk menaiki
teksi,pemandunya berbangsa Cina yang juga fasih berbahasa Melayu dan
Inggeris.Dia bertanyakan destinasi kami,lalu bapaku menjawab bahawa rombongan
kami mahu ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.Dia pun berkata dia boleh
bawa kami ke sana.Selepas bagasiku dan beg rombonganku dimasukkan kedalam bonet
belakang teksinya,dia pun memecut laju ke UPMKB yang sudah lama ku idamkan
untuk pergi dan belajar disana.
Sepanjang perjalanan,kami tidak berbual banyak
dan fikiranku ketika itu masih terngiang-ngiang akan keadaan di rumahku yang
sudah 4 hari kutinggalkan dibelakangku.Sedang ingatanku melayang,datang suatu
perasaan hiba apabila ingatan ku terhadap keluargaku yang lain seperti ibuku
dan adikku yang ku tinggalkan di rumah.Apa agakya mereka sedang
lakukan.Tetapi,aku kuatkan tekadku untuk pergi menuntut ilmu demi meningkatkan
taraf kehidupan kami sekeluarga.
![]() |
Dari Lapangan Terbang Bintulu ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Teksi yang dinaiki rombonganku memasuki universiti ini melalui Pintu Masuk Taman Li Hua |
Tanpa kusedari,teksi yang dinaiki kami
telahpun sampai ke pintu masuk Taman Li Hua yang melalui pos kawalan
keselamatan universiti ini.Lalu,teksi yang dinaiki rombonganku berhenti disitu
dan pemandu teksi tersebut keluar menuju ke pos kawalan itu yang ku anggap
untuk beritahu kedatangan pelajar baru seperti aku kesitu.
![]() |
| Papan tanda yang akan anda nampak apabila berada di pos keselamatan UPMKB. (Foto Ihsan Laman Web Rasmi UPMKB) |
Tanpa membuang
masa,dalam masa 3 minit,pemandu tersebut pulang semula ke teksinya dan menekan
pedal minyaknya semula untuk ke Kolej Sri Rajang (ini adalah tempat
pendaftaran,urusan keluar/masuk bilik kolej jika cuti semester [prinsipnya
lebih kurang macam hotel,jika hendak balik cuti semester,maka kunci perlu
dipulangkan dan mendaftar keluar kolej],penerimaan barangan yang dipos dari Semenanjung
dan sebagainya bagi pelajar yang menetap di kolej atau bahasa mudahnya asrama).
![]() |
Peta UPMKB Secara Amnya (Foto Ihsan Buku Panduan Pelajar UPMKB) |
![]() |
| Laluan yang Rombonganku lalui dimana menghampiri Bengkel Kejuteraan di Sebelah Kiri |
Teksi yang rombonganku naiki melalui kawasan
taman rekreasi dan air terjun,unit hortikultur dan nurseri,kompleks penetasan
ikan dan kolam,taman buah-buahan nadir,padang bola,futsal,gelanggang badminton
atau takraw,bengkel kejuteraan dan Dewan Sri Kenyalang(DSK).Selepas itu,anda
akan nampak 2 simpang dimana simpang pertama adalah untuk meneruskan perjalanan
bangunan-bangunan jabatan termasuk bilik kuliah.Simpang kedua pula disebelah
kiri dimana teksi atau kenderaan yang anda naiki akan mengambil simpang kerana
ia akan membawa anda terus ke Dewan Makan 1,Kolej Sri Rajang.
Kolej Sri Rajang (Foto Ihsan: Agrospacebiz)
Jangan risau,sebaik sahaja anda turun di
depan bangunan yang tertera di atasnya Kolej Sri Rajang,maka sampailah anda ke
UPMKB.Lalu,anda akan disambut oleh fasilitator universiti (mahasiswa,mahasiswi
yang telah berada di semester 3 dan 5).Mereka ini akan membantu anda dalam
proses pendaftaran masuk ke kolej.
Kemudian,selepas andas selesai mengisi borang pendaftaran ke kolej dan beberapa helai borang yang memerlukan maklumat ringkas anda,maka anda telah selesai disini.Kunci bilik pun akan diberi kepada anda dan beg yang anda bawa kesini,perlulah dibawa ke bilik anda setelah mendapat kunci bilik dan nombor bilik anda.Pengiring anda juga boleh mengikut anda ke bilik anda juga jika mereka mahu.
Kemudian,selepas andas selesai mengisi borang pendaftaran ke kolej dan beberapa helai borang yang memerlukan maklumat ringkas anda,maka anda telah selesai disini.Kunci bilik pun akan diberi kepada anda dan beg yang anda bawa kesini,perlulah dibawa ke bilik anda setelah mendapat kunci bilik dan nombor bilik anda.Pengiring anda juga boleh mengikut anda ke bilik anda juga jika mereka mahu.
Selain itu,mereka boleh menginap di hotel
atau motel yang berdekatan kerana mereka tidak lagi dibenarkan untuk menginap
bersama pelajar baru seperti yang berlaku pada suatu ketika dahulu ketika
universiti ini belum padat lagi.Selepas itu,aku berjumpa dengan rakan sebilik
aku juga pada ketika saat pendaftaran kolej,dia telah menolongku dengan
mengangkat bagasi ke bilik ku yang juga terletak di tempat yang boleh ku gapai
hampir keseluruhan pemandangan UPMKB iaitu di Aras 3 disebuah blok
lelaki.Nampak blok bangunan disebalik Kolej Sri Rajang?Itulah blok bangunan
atau asrama bagi pelajar lelaki.
Disini terdapat 10 blok yang serupa tetapi bagi blok lelaki,tiang utama bangunan dicatkan dengan warna merah dan bagi blok perempuan pula,tiangnya dicatkan dengan warna merah serta warna dinding utamanya dicatkan dengan warna kelabu.Terdapat 5 blok lelaki dan 5 blok perempuan yang menempatkan 1500 pelajar secara keseluruhannya.
Ok,berbalik pada cerita tentang kedatanganku kesini,setelah rakan sebilikku mengangkat bagasi ke bilikku,aku pun mula memeluk erat bapaku dan bersalaman dengannya sebelum bersalaman dengan rakannya yang juga memberikan perangsang untuk ku teruskan pengajian ku disini.Kemudian,aku naik ke aras 3 blok lelaki yang kurahsiakan dan terus menuju bilikku yang kukatakan agak kemas,bersih dan perabotnya tersusun rapi (meja belajar,almari,rak kasut dan susunan katil).
Disini terdapat 10 blok yang serupa tetapi bagi blok lelaki,tiang utama bangunan dicatkan dengan warna merah dan bagi blok perempuan pula,tiangnya dicatkan dengan warna merah serta warna dinding utamanya dicatkan dengan warna kelabu.Terdapat 5 blok lelaki dan 5 blok perempuan yang menempatkan 1500 pelajar secara keseluruhannya.
Ok,berbalik pada cerita tentang kedatanganku kesini,setelah rakan sebilikku mengangkat bagasi ke bilikku,aku pun mula memeluk erat bapaku dan bersalaman dengannya sebelum bersalaman dengan rakannya yang juga memberikan perangsang untuk ku teruskan pengajian ku disini.Kemudian,aku naik ke aras 3 blok lelaki yang kurahsiakan dan terus menuju bilikku yang kukatakan agak kemas,bersih dan perabotnya tersusun rapi (meja belajar,almari,rak kasut dan susunan katil).
![]() |
| Susunan katil dibilik sebelum diubah kedudukannya bagi memudahkan kami solat berjemaah dan rak kasut diletakkan berjauhan dari katil bagi mengelakkan bau busuk dari kasut. |
![]() |
| Almari yang disusun rapi dan kemas. |
Di samping itu,ku berkenalan dengan rakan
sebilikku yang bernama Asyraf yang melanjutkan pengajiannya disini dalam
Diploma Perhutanan (ketika entri ini dikarang,dia telahpun berada di dalam
semester 3 atau semester 1 dalam tahun kedua pengajian) dan pada keesokan
harinya,kami berdua bersiap awal lalu terus menuju ke Dewan Sri Kenyalang
(dikenali sebagai DSK atau lebih kearah singkatannya dalam kalangan pelajar
disini).
Ketika proses pendaftaran,ku ternampak ayahku dan rakannya datang ke
DSK bagi melihat sendiri proses pendaftaran yang sedang berlaku ketika
itu.Sebelum itu,ingin ku terangkan sedikit tentang keadaan atau proses yang
berlaku semasa sesi pendaftaran
berjalan.Terdapat 7 titik atau tempat yang perlu anda lalui iaitu bermula
dititik pertama,anda akan diberikan masa untuk menyusun dokumen penting anda di
meja yang disediakan untuk pelajar baharu menulis maklumat tertentu,menyusun
dokumen dan menyeragamkan maklumat pendaftaran sebelum menuju ke meja
seterusnya atu titik kedua.
Tetapi selepas itu,anda akan diberikan sekeping
kertas berwarna merah jambu (pink)
bagi memastikan anda mendapatkan cop pengesahan dari setiap titik yang anda
lalui kerana ini sangat penting dalam pendaftaran pengajian anda di sini kerana
maklumat yang diberikan anda akan digunapakai untuk penghasilan kad warga dan
kad matriks serta subjek yang ada didalam diploma anda akan didaftarkan atas
nama anda.
Titik kedua,ketiga dan keempat (bahasa omputihnya lebih kurang macam
checkpoint la,cuma dibuat dalam suatu tempat) pula adalah kaunter pembayaran
yuran pengajian yang berjumlah RM 1345.00 yang boleh dibuat dimana-mana kaunter
di Bank CIMB yang berhampiran tempat anda.kemudian anda akan mendapat resit
transaksi dari pegawai atau akauntan bank tersebut.
Logo Bank CIMB
(Foto Ihsan Newsroom)
P/S:Seboleh-bolehnya
buka akaun CIMB terlebih dahulu kerana memudahkan
proses pembayaran wang PTPTN dikreditkan kedalam akaun anda jika anda
membuat pinjaman pendidikan ini atas
sebab-sebab tertentu seperti
i)Tidak mampu menanggung kos
pengajian yang memerlukan banyak wang
untuk pembelian alatan pengajian.
ii)Tidak cukup wang atau kekurangan wang
semasa.
iii)Untuk menampung wang semasa jika
berlaku kecemasan.
iv)Sebagai sokongan kepada pembiayaan
pengajian.
Tetapi,jika anda menunggu 2 minggu sebelum
anda datang kesini tanpa membayar yuran lebih bagus memandangkan sampul surat
yang mengandungi surat tawaran rasmi dari Universiti Putra Malaysia besertakan
buku panduan akan sampai di kediaman pelajar baharu yang mana di dalamnya
terdapat sekeping cek pembayaran (mempunyai logo UPM diatasnya) yang perlu anda
isi dan bawa ke Bank CIMB Berhad untuk membayarnya.
Anda juga perlu menulis maklumat anda di cek pembayaran tersebut yang dimana anda boleh rujuk didalam buku panduan seperti maklumat nama,no matriks anda (boleh dirujuk dari surat tawaran) di kertas cek pembayaran tersebut.Bagi titik kelima,anda akan diminta maklumat pemeriksaan perubatan diri anda atau lebih dikenali sebagai medical check-up yang anda buat di hospital berhampiran anda dimana anda akan diberi fail yang mengadungi kertas yang memuatkan tentang status kesihatan diri anda,jenis darah,ketinggian & berat badan,jenis penyakit jika dikesan,filem X-Ray badan anda yang dimuatkan kedalam sampul yang agak besar juga padaku dan lain-lain.Anda juga akan diberikan suntikan Tetanus yang bertujuan melindungi diri anda dari sebarang jangkitan kuman atau patogen yang berbahaya.
Setelah anda siap di bahagian ini,anda bolehlah meneruskan ke titik 6 iaitu pendaftaran kolej dan pemberian kunci bilik juga dilakukan di titik ini.Oleh kerana aku sudah mendapat kunci bilik dan mendaftar terlebih awal,aku cuma perlu ke titik ini (meja kaunter titik ini) bagi mengesahkan akan penerimaan kunci bilik dan mendapatkan cop bagi ruang untuk titik ke-6 yang masih kosong.
Anda juga perlu menulis maklumat anda di cek pembayaran tersebut yang dimana anda boleh rujuk didalam buku panduan seperti maklumat nama,no matriks anda (boleh dirujuk dari surat tawaran) di kertas cek pembayaran tersebut.Bagi titik kelima,anda akan diminta maklumat pemeriksaan perubatan diri anda atau lebih dikenali sebagai medical check-up yang anda buat di hospital berhampiran anda dimana anda akan diberi fail yang mengadungi kertas yang memuatkan tentang status kesihatan diri anda,jenis darah,ketinggian & berat badan,jenis penyakit jika dikesan,filem X-Ray badan anda yang dimuatkan kedalam sampul yang agak besar juga padaku dan lain-lain.Anda juga akan diberikan suntikan Tetanus yang bertujuan melindungi diri anda dari sebarang jangkitan kuman atau patogen yang berbahaya.
Setelah anda siap di bahagian ini,anda bolehlah meneruskan ke titik 6 iaitu pendaftaran kolej dan pemberian kunci bilik juga dilakukan di titik ini.Oleh kerana aku sudah mendapat kunci bilik dan mendaftar terlebih awal,aku cuma perlu ke titik ini (meja kaunter titik ini) bagi mengesahkan akan penerimaan kunci bilik dan mendapatkan cop bagi ruang untuk titik ke-6 yang masih kosong.
Akhirnya,titik ke-7 berada di belakang dewan
yang diuruskan oleh fasilitator universiti yang telah menerima kursus 2 minggu
sebelum kedatangan pelajar baharu datang kesini dimana mereka telah menawarkan
diri mereka untuk menolong universiti serta berkorban masa cuti akhir semester
mereka.Di titik ini,mereka akan memberikan anda kertas soal selidik berkaitan
makanan yang anda akan makan di universiti ini kelak.
Oh ya!Sebelum saya terlupa,didalam dewan tersebut terdapat 300 kerusi berwarna biru yang digunakan pelajar baharu untuk duduk sementara terlebih dahulu sebelum meneruskan ke titik seterusnya setelah pelajar yang berurusan di titik itu selesai dan pulang semula ke kerusi menunggu di bahagian titik yang seterusnya.Proses ini juga akan dibantu oleh beberapa orang fasilitator universiti yang sentiasa senyum dan mesra pelanggan kerana ini adalah antara moto meraka semasa kursus.
Oh ya!Sebelum saya terlupa,didalam dewan tersebut terdapat 300 kerusi berwarna biru yang digunakan pelajar baharu untuk duduk sementara terlebih dahulu sebelum meneruskan ke titik seterusnya setelah pelajar yang berurusan di titik itu selesai dan pulang semula ke kerusi menunggu di bahagian titik yang seterusnya.Proses ini juga akan dibantu oleh beberapa orang fasilitator universiti yang sentiasa senyum dan mesra pelanggan kerana ini adalah antara moto meraka semasa kursus.
Tuntasnya,proses pendaftaran disini agak
rumit dan sukar sekiranaya pelajar baharu TIDAK MENYEDIAKAN dokumen yang telah
dimaklumkan kepada pelajar baharu melalui buku panduan yang diposkan bersama
surat tawaran.Jadi,pada pandanganku ini,eloklah kutangguhkan dahulu taipanku disini
sebelum kuteruskan penceritaan proses kehidupanku atau kitaran kehidupanku di universiti
ini.Tunggu!!! Penantian kamu semua akhirnya berakhir, akan ku mulakan taipan ku di entri seterusnya ... ke entri seterusnya...





