Pages

Sunday, August 2, 2015

Pendaftaran dan Kemasukan Pelajar Baharu ke Universiti

Antara Intipati Sebelum Datang ke UPMKB



PERKHIDMATAN BAS UNTUK PELAJAR BAHARU




Berita baik kepada mahasiswa sekalian. Anda (mahasiswa/mahasiswi baru sekalian)tidak perlu risau berkenaan pengangkutan bas daripada Lapangan Terbang Bintulu atau dari Terminal Bas Ekspress Bintulu ke Kolej Sri Rajang, UPMKB. Jika anda datang tepat dan tiba di Lapangan Terbang Bintulu pada tarikh yang dimaklumkan seperti didalam surat tawaran,maka anda (mahasiswa/mahasiswi baru) dapatlah menggunakan perkhidmatan ini.



PROGRAM MINGGU SUAI KENAL

Minggu Suai Kenal Perkasa Putra Universiti Putra Malaysia diadakan selama lapan (8) hari dan dipenuhi dengan pelbagai aktiviti. Program ini akan memberikan pendedahan awal kepada anda (mahasiswa/mahasiswi baru sekalian) bagi memudahkan penyesuaian diri dengan suasana kampus dan budaya hidup sebagai mahasiswa/mahasiswi di universiti.Anda (mahasiswa/mahasiswi baru sekalian) boleh merujuk jadual program minggu suai kenal di sini (sila klik)

Dalam masa tersebut, mahasiswa/mahasiswi akan diberikan maklumat penting berkenaan program pengajian, halatuju kerjaya dan kemudahan yang ditawarkan sepanjang berada di UPMKB. Manfaat daripada menghadiri program ini,anda (mahasiswa/mahasiswi baru sekalian) akan menjadi lebih bersedia, mempunyai panduan dan halatuju selari dengan tekad, usaha dalam mencapai cita-cita untuk bergraduat dengan cemerlang.

Adalah menjadi harapan UPMKB agar mahasiswa/mahasiswi yang dilahirkan kelak faham akan matlamat negara dan aspirasi bangsa, mempunyai kesedaran dan jati diri, semangat juang yang kental, beriman, berdisiplin, berilmu dan professional.




PERSEDIAAN UNTUK PENDAFTARAN

Bagi memudahkan proses pendaftaran kelak, anda (mahasiswa/mahasiswi baru sekalian)diminta untuk menyediakan dan membawa dokumen seperti berikut ;

  i.Surat Tawaran Kemasukan/ online ke Universiti

 ii.Kad Pengenalan / passport

iii.Sijil Berhenti Persekolahan dan Surat Akuan lain yang berkaitan

 iv.Salinan Surat Tawaran Biasiswa/ Pinjaman/ Dermasiswa/ Jaminan KWSP dan 
     sebagainya (jika ada)

  v.Dua (2) set salinan dokumen berikut yang telah disahkan untuk tujuan
     permohonan biasiswa/ pinjaman:


- Sijil kelahiran diri dan ibu bapa;

- Sijil keputusan peperiksaan PMR/SPM/STPM/ Diploma dan sijil aktiviti ko 

   kurikulum.



- 1 salinan Penyata Pendapatan (Borang J/ Penyata Gaji/ Kad Pesara Kerajaan) 
  yang terkini ibu bapa/ penjaga/ suami isteri.

(Bagi ibu bapa/ penjaga/ suami / isteri yang bekerja sendiri dan tidak 

mempunyai dokumen berkenaan, sila sediakan surat pengesahan pendapatan 

yang disahkan oleh pegawai seperti di perenggan 7.8(k) dengan menyatakan 

nama dan nombor kad pengenalan, berkaitan dengan pemohon dan jumlah 

pendapatan bulanan)




vi. Gambar sebanyak 12 keping berwarna mengikut ukuran pasport 


     (berlatarbelakangkan warna biru) / Imej secara digital.

Catatan : Sila tuliskan no. matrik, nama dan no. kad pengenalan di belakang setiap keping gambar.




TEMPAT MENDAFTAR


Lokasi pendaftaran mahasiswa/mahasiswi baharu adalah di alamat berikut :


Dewan Makan 1, Kolej Sri Rajang,

Jalan Mulu, UPM Kampus Bintulu,

Bintulu, Sarawak.


Papan tanda penunjuk arah akan dipamerkan bermula daripada kedua-dua laluan masuk UPMKB sama ada menggunakan Jalan Nyabau atau Jalan Li Hua sehingga ke Kolej Sri Rajang, UPMKB. Sila rujuk lampiran peta lokasi UPMKB (Klik pada peta lokasi) untuk panduan kenderaan daripada Miri, Sibu dan Bintulu.




PERSEDIAAN UNTUK PENGINAPAN

Anda (mahasiswa/mahasiswi baru sekalian) juga dinasihatkan untuk membawa pakaian dan barang-barang berikut semasa datang melaporkan diri ke UPMKB ;


  i.Pakaian sendiri yang sesuai untuk kegunaan harian dan majlis rasmi selaras 
    dengan program Minggu Suai Kenal Perkasa Putra.

 ii.Pakaian sukan seperti baju kemeja T, ‘track bottom’ dan kasut sukan

iii.2 helai selimut dan 3 helai cadar



iv.Sarung Bantal

v.Sejadah bagi pelajar yang beragama Islam

vi.2 helai tuala mandi

vii.Keperluan lain seperti baldi dan sebagainya




PENGINAPAN IBU BAPA

Dukacita dimaklumkan bahawa penginapan di Kolej Sri Rajang hanya disediakan kepada mahasiswa baharu sahaja. Ibu bapa, keluarga atau pengiring kepada pelajar baharu TIDAK DISEDIAKAN kemudahan penginapan dan dinasihatkan untuk membuat tempahan penginapan di hotel/ rumah tumpangan yang berdekatan dengan UPMKB. Senarai hotel dan rumah tumpangan (sila klik)



Kemudahan teksi di Bintulu amat mudah diperolehi dengan menghubungi nombor hotline 086-332009. Untuk rujukan anggaran kadar tambang teksi di sekitar Bintulu (sila klik)




URUSAN IMIGRESEN


1. Dokumen Perjalanan Terhad

Anda (mahasiswa/mahasiswi baru sekalian) dari Semenanjung dan Sabah yang mendapat tawaran pengajian di UPMKB dinasihati untuk memohon Dokumen Perjalanan Terhad (DPT) di Pejabat Imigresen yang berhampiran dengan tempat tinggal masing-masing. Anda (mahasiswa/mahasiswi baru sekalian)juga dikehendaki untuk mengemukakan dokumen berikut semasa membuat permohonan :

  i.2 salinan kad pengenalan ( Sila bawa kad pengenalan asal dan sijil lahir asal) 
 ii.2 keping gambar ukuran passport
iii.RM 1.00 untuk pembelian borang IM.42-Pin 1/97 di Pejabat Imigresen.
iv.Ibu bapa atau pengiring anda tidak perlu membuat passport memandangkan ibu bapa
    atau pengiring anda tidak tinggal disini melebihi 3 bulan.Tetapi,sekiranya mereka
    berbuat demikian,maka hendaklah mereka membuat passport seperti anda (mahasiswa/mahasiswi        baru) juga.




2. Permohonan Pas Pelajar

Dokumen Perjalanan Terhad hendaklah dibawa bersama untuk pemeriksaaan oleh pihak Imigresen di pintu masuk lapangan terbang Kuching atau Lapangan Terbang Bintulu. Dokumen tersebut juga perlu diserahkan kepada Unit Kewangan dan Kebajikan Pelajar, Pejabat Timbalan Dekan (HEP), UPMKB semasa hari pendaftaran bagi tujuan urusan permohonan pas pelajar. Sila kemukakan bersama dokumen berikut :

  i.Buku Dokumen Perjalanan Terhad (DPT)
 ii.1 salinan kad pengenalan
iii.1 keping gambar berukuran passport
iv.1 salinan surat tawaran dari Universiti
 v.RM 1.00 untuk borang permohonan pas pelajar (Im. 14-pin. 1/93)




MAKLUMAT TAMBAHAN

i. Bantuan Kewangan - Biasiswa/Pinjaman (sila klik)
ii. Senarai Talian Penting Untuk Di Hubungi (sila klik)
ii. Semakan Tawaran Kemasukan (sila klik) Baca Seterusnya



Ketibaan Diriku ke UPMKB

   Setelah rombonganku memilih untuk menaiki teksi,pemandunya berbangsa Cina yang juga fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.Dia bertanyakan destinasi kami,lalu bapaku menjawab bahawa rombongan kami mahu ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu.Dia pun berkata dia boleh bawa kami ke sana.Selepas bagasiku dan beg rombonganku dimasukkan kedalam bonet belakang teksinya,dia pun memecut laju ke UPMKB yang sudah lama ku idamkan untuk pergi dan belajar disana.



   Sepanjang perjalanan,kami tidak berbual banyak dan fikiranku ketika itu masih terngiang-ngiang akan keadaan di rumahku yang sudah 4 hari kutinggalkan dibelakangku.Sedang ingatanku melayang,datang suatu perasaan hiba apabila ingatan ku terhadap keluargaku yang lain seperti ibuku dan adikku yang ku tinggalkan di rumah.Apa agakya mereka sedang lakukan.Tetapi,aku kuatkan tekadku untuk pergi menuntut ilmu demi meningkatkan taraf kehidupan kami sekeluarga.

Dari Lapangan Terbang Bintulu ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu
Teksi yang dinaiki rombonganku memasuki universiti ini melalui Pintu Masuk Taman Li Hua


   Tanpa kusedari,teksi yang dinaiki kami telahpun sampai ke pintu masuk Taman Li Hua yang melalui pos kawalan keselamatan universiti ini.Lalu,teksi yang dinaiki rombonganku berhenti disitu dan pemandu teksi tersebut keluar menuju ke pos kawalan itu yang ku anggap untuk beritahu kedatangan pelajar baru seperti aku kesitu.


Papan tanda yang akan anda nampak apabila berada di pos keselamatan UPMKB.
(Foto Ihsan Laman Web Rasmi UPMKB)
                   

   Tanpa membuang masa,dalam masa 3 minit,pemandu tersebut pulang semula ke teksinya dan menekan pedal minyaknya semula untuk ke Kolej Sri Rajang (ini adalah tempat pendaftaran,urusan keluar/masuk bilik kolej jika cuti semester [prinsipnya lebih kurang macam hotel,jika hendak balik cuti semester,maka kunci perlu dipulangkan dan mendaftar keluar kolej],penerimaan barangan yang dipos dari Semenanjung dan sebagainya bagi pelajar yang menetap di kolej atau bahasa mudahnya asrama).


Peta UPMKB Secara Amnya
(Foto Ihsan Buku Panduan Pelajar UPMKB)


Laluan yang Rombonganku lalui dimana menghampiri Bengkel Kejuteraan di Sebelah Kiri



   Teksi yang rombonganku naiki melalui kawasan taman rekreasi dan air terjun,unit hortikultur dan nurseri,kompleks penetasan ikan dan kolam,taman buah-buahan nadir,padang bola,futsal,gelanggang badminton atau takraw,bengkel kejuteraan dan Dewan Sri Kenyalang(DSK).Selepas itu,anda akan nampak 2 simpang dimana simpang pertama adalah untuk meneruskan perjalanan bangunan-bangunan jabatan termasuk bilik kuliah.Simpang kedua pula disebelah kiri dimana teksi atau kenderaan yang anda naiki akan mengambil simpang kerana ia akan membawa anda terus ke Dewan Makan 1,Kolej Sri Rajang.


agrospacebiz - Residential College in University Putra Malaysia
Kolej Sri Rajang (Foto Ihsan: Agrospacebiz)


   Jangan risau,sebaik sahaja anda turun di depan bangunan yang tertera di atasnya Kolej Sri Rajang,maka sampailah anda ke UPMKB.Lalu,anda akan disambut oleh fasilitator universiti (mahasiswa,mahasiswi yang telah berada di semester 3 dan 5).Mereka ini akan membantu anda dalam proses pendaftaran masuk ke kolej.



   Kemudian,selepas andas selesai mengisi borang pendaftaran ke kolej dan beberapa helai borang yang memerlukan maklumat ringkas anda,maka anda telah selesai disini.Kunci bilik pun akan diberi kepada anda dan beg yang anda bawa kesini,perlulah dibawa ke bilik anda setelah mendapat kunci bilik dan nombor bilik anda.Pengiring anda juga boleh mengikut anda ke bilik anda juga jika mereka mahu.



   Selain itu,mereka boleh menginap di hotel atau motel yang berdekatan kerana mereka tidak lagi dibenarkan untuk menginap bersama pelajar baru seperti yang berlaku pada suatu ketika dahulu ketika universiti ini belum padat lagi.Selepas itu,aku berjumpa dengan rakan sebilik aku juga pada ketika saat pendaftaran kolej,dia telah menolongku dengan mengangkat bagasi ke bilik ku yang juga terletak di tempat yang boleh ku gapai hampir keseluruhan pemandangan UPMKB iaitu di Aras 3 disebuah blok lelaki.Nampak blok bangunan disebalik Kolej Sri Rajang?Itulah blok bangunan atau asrama bagi pelajar lelaki.



   Disini terdapat 10 blok yang serupa tetapi bagi blok lelaki,tiang utama bangunan dicatkan dengan warna merah dan bagi blok perempuan pula,tiangnya dicatkan dengan warna merah serta warna dinding utamanya dicatkan dengan warna kelabu.Terdapat 5 blok lelaki dan 5 blok perempuan yang menempatkan 1500 pelajar secara keseluruhannya.



   Ok,berbalik pada cerita tentang kedatanganku kesini,setelah rakan sebilikku mengangkat bagasi ke bilikku,aku pun mula memeluk erat bapaku dan bersalaman dengannya sebelum bersalaman dengan rakannya yang juga memberikan perangsang untuk ku teruskan pengajian ku disini.Kemudian,aku naik ke aras 3 blok lelaki yang kurahsiakan dan terus menuju bilikku yang kukatakan agak kemas,bersih dan perabotnya tersusun rapi (meja belajar,almari,rak kasut dan susunan katil).


Susunan katil  dibilik sebelum diubah kedudukannya bagi memudahkan kami solat berjemaah dan rak kasut diletakkan berjauhan dari katil bagi mengelakkan bau busuk dari kasut.



Almari yang disusun rapi dan kemas.


   Di samping itu,ku berkenalan dengan rakan sebilikku yang bernama Asyraf yang melanjutkan pengajiannya disini dalam Diploma Perhutanan (ketika entri ini dikarang,dia telahpun berada di dalam semester 3 atau semester 1 dalam tahun kedua pengajian) dan pada keesokan harinya,kami berdua bersiap awal lalu terus menuju ke Dewan Sri Kenyalang (dikenali sebagai DSK atau lebih kearah singkatannya dalam kalangan pelajar disini).



Ketika proses pendaftaran,ku ternampak ayahku dan rakannya datang ke DSK bagi melihat sendiri proses pendaftaran yang sedang berlaku ketika itu.Sebelum itu,ingin ku terangkan sedikit tentang keadaan atau proses yang berlaku semasa  sesi pendaftaran berjalan.Terdapat 7 titik atau tempat yang perlu anda lalui iaitu bermula dititik pertama,anda akan diberikan masa untuk menyusun dokumen penting anda di meja yang disediakan untuk pelajar baharu menulis maklumat tertentu,menyusun dokumen dan menyeragamkan maklumat pendaftaran sebelum menuju ke meja seterusnya atu titik kedua.



Tetapi selepas itu,anda akan diberikan sekeping kertas berwarna merah jambu (pink) bagi memastikan anda mendapatkan cop pengesahan dari setiap titik yang anda lalui kerana ini sangat penting dalam pendaftaran pengajian anda di sini kerana maklumat yang diberikan anda akan digunapakai untuk penghasilan kad warga dan kad matriks serta subjek yang ada didalam diploma anda akan didaftarkan atas nama anda.



Titik kedua,ketiga dan keempat (bahasa omputihnya lebih kurang macam checkpoint la,cuma dibuat dalam suatu tempat) pula adalah kaunter pembayaran yuran pengajian yang berjumlah RM 1345.00 yang boleh dibuat dimana-mana kaunter di Bank CIMB yang berhampiran tempat anda.kemudian anda akan mendapat resit transaksi dari pegawai atau akauntan bank tersebut.

Newsroom
Logo Bank CIMB
(Foto Ihsan Newsroom)
P/S:Seboleh-bolehnya buka akaun CIMB terlebih dahulu kerana memudahkan
       proses pembayaran wang PTPTN  dikreditkan kedalam akaun anda jika anda
       membuat pinjaman pendidikan ini atas sebab-sebab tertentu seperti
       i)Tidak mampu menanggung kos pengajian  yang memerlukan banyak wang
         untuk pembelian alatan pengajian.
      ii)Tidak cukup wang atau kekurangan wang semasa.
      iii)Untuk menampung wang semasa jika berlaku kecemasan.
      iv)Sebagai sokongan kepada pembiayaan pengajian.



   Tetapi,jika anda menunggu 2 minggu sebelum anda datang kesini tanpa membayar yuran lebih bagus memandangkan sampul surat yang mengandungi surat tawaran rasmi dari Universiti Putra Malaysia besertakan buku panduan akan sampai di kediaman pelajar baharu yang mana di dalamnya terdapat sekeping cek pembayaran (mempunyai logo UPM diatasnya) yang perlu anda isi dan bawa ke Bank CIMB Berhad untuk membayarnya.



   Anda juga perlu menulis maklumat anda di cek pembayaran tersebut yang dimana anda boleh rujuk didalam buku panduan seperti maklumat nama,no matriks anda (boleh dirujuk dari surat tawaran) di kertas cek pembayaran tersebut.Bagi titik kelima,anda akan diminta maklumat pemeriksaan perubatan diri anda atau lebih dikenali sebagai medical check-up  yang anda buat di hospital berhampiran anda dimana anda akan diberi fail yang mengadungi kertas yang memuatkan tentang status kesihatan diri anda,jenis darah,ketinggian & berat badan,jenis penyakit jika dikesan,filem X-Ray badan anda yang dimuatkan kedalam sampul yang agak besar juga padaku dan lain-lain.Anda juga akan diberikan suntikan Tetanus yang bertujuan melindungi diri anda dari sebarang jangkitan kuman atau patogen yang berbahaya.



   Setelah anda siap di bahagian ini,anda bolehlah meneruskan ke titik 6 iaitu pendaftaran kolej dan pemberian kunci bilik juga dilakukan di titik ini.Oleh kerana aku sudah mendapat kunci bilik dan mendaftar terlebih awal,aku cuma perlu ke titik ini (meja kaunter titik ini) bagi mengesahkan akan penerimaan kunci bilik dan mendapatkan cop bagi ruang untuk titik ke-6 yang masih kosong.



   Akhirnya,titik ke-7 berada di belakang dewan yang diuruskan oleh fasilitator universiti yang telah menerima kursus 2 minggu sebelum kedatangan pelajar baharu datang kesini dimana mereka telah menawarkan diri mereka untuk menolong universiti serta berkorban masa cuti akhir semester mereka.Di titik ini,mereka akan memberikan anda kertas soal selidik berkaitan makanan yang anda akan makan di universiti ini kelak.



   Oh ya!Sebelum saya terlupa,didalam dewan tersebut terdapat  300 kerusi berwarna biru yang digunakan pelajar baharu untuk duduk sementara terlebih dahulu sebelum meneruskan ke titik seterusnya setelah pelajar yang berurusan di titik itu selesai dan pulang semula ke kerusi menunggu di bahagian titik yang seterusnya.Proses ini juga akan dibantu oleh beberapa orang fasilitator universiti yang sentiasa senyum dan mesra pelanggan kerana ini adalah antara moto meraka semasa kursus.



   Tuntasnya,proses pendaftaran disini agak rumit dan sukar sekiranaya pelajar baharu TIDAK MENYEDIAKAN dokumen yang telah dimaklumkan kepada pelajar baharu melalui buku panduan yang diposkan bersama surat tawaran.Jadi,pada pandanganku ini,eloklah kutangguhkan dahulu taipanku disini sebelum kuteruskan penceritaan proses kehidupanku atau kitaran kehidupanku di universiti ini.Tunggu!!!  Penantian kamu semua akhirnya berakhir, akan ku mulakan taipan ku di entri seterusnya ... ke entri seterusnya...

2 comments:

  1. Terima kasih atas perkongsian dan pandangan anda berdua, sangat saya hargai. Jikalau terdapat sebarang pertanyaan berkaitan kampus boleh lah ajukan di laman ini, jangan malu malu, jangan segan. Akan saya jawab seberapa cepat yang mungkin ya.

    ReplyDelete
  2. Hi semua, bagaimanapun maklumat diatas terdapat kemaskini terbaru apabila bilik di semua blok lelaki UPMKB telah dijadikan ke 2 orang sebilik.

    ReplyDelete