1. Promenade Bintulu hotel
Hotel bertaraf 3 bintang ini menyediakan pelbagai kemudahan yang pastinya selari dengan perkidmatan hotel bertaraf 4 bintang dimana proses tempahan untuk mendapatkan bilik disini agak mudah apabila ia memaparkan layar web yang mesra pengguna malahan membolehkan pengunjung mendaftar masuk atau keluar pada masa yang diinginkan. Dibawah pilihan mendaftar masuk/ keluar (check-in/check out) web nya juga terdapat pilihan bilik yang diinginkan. Dibawah ini saya sertakan laman webnya (klik sahaja pada pautan berwarna biru dibawah ini) bagi memudahkan urusan tempahan bagi tuan2 dan puan sekalian, : Hotel Promenade, Bintulu, Sarawak.
2. Motel Kapok
Motel ini adalah penginapan yang terdekat dan termurah bagi tuan2 dan puan2 yang ingin menginap di Bintulu setelah menghantar anak2 anda disini. Parking yg disediakan disini juga banyak, dekat malahan akses yang mudah sekali bagi membeli sebarang keperluan untuk anak2 anda disini dan makanan (Halal dan sedap pulak tu, Restoran Sajian Mas) terutamanya. Harga juga berpatutan dan amatlah saya syorkan untuk menginap disini kerana pengalaman saya dan beberapa orang yang menginap disini adalah baik.
Maklumat yang dinyatakan yang disini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri sepanjang berada disini, jadi jikalau ada berlaku sebarang perubahan, tuan2 dan puan2 bebas memberi komen, cadangan dan penambaikan terhadap penulisan saya berkaitan penginapan amatlah dialu-alukan dan selamat maju jaya pada anak tuan2 dan puan2 yang telah berjaya memasuki ke universiti ini.