Liku Perjalananku ke
UPMKB
Perjalananku bermula dari Terminal Bas Ekspress Sungai
Petani pada hari Khamis bersamaan 5hb Jun 2014 bersama bapaku dan rakannya yang
mengambil bas syarikat Supernice (KL Prestij) yang menyediakan perkhidmatan bas
dua tingkat dan mesra pelanggan.Bas yang aku naiki bersama bapaku dan seorang
rakannya bertolak pada pukul 11.30 tengahari setelah penumpang diperiksa akan
tiketnya.Sebelum itu,aku dan rakan pada ayahku mengambil tempat duduk berkembar manakala bapaku mengambil tempat duduk
solo di tepi tingkap.Beginilah keadaan yang ku perkatakan dalam bas ini.
Ayahku berada disebelah kiri (sebelah kanan gambar)
bagi memerhatikan beg yang dibawa keluar penumpang lain semasa berhenti di
sesuatu perhentian,manakala aku dan rakannya pula tidur di sebelah kanan
(sebelah kiri gambar).
Lalu,bas yang kami naiki berhenti di perhentian Tapah
dalam sekitar 15 minti sebelum meneruskan perjalanan ke metropolitan Kuala
Lumpur.Semasa bas kami menyusuri Kuala Lumpur,kami dapat melihat bangunan yang
tinggi,monorel dan kesesakan jalan rayanya yang membuat diriku berasa pening
dan meloya memandangkan perjalanan selama 3 jam yang lalu kuhabiskan dengan
tidur sahaja.Bangun sahaja,terlihat akan daku Menara Berkembar Petronas,Menara
KL dan pengguna jalan raya yang baru pulang dari kerja agaknya.
Bas yang ku naiki juga membawa aku melalui Mahkamah Syariah di Jalan Duta.Bas yang memuatkan kami sampai di Terminal Bas Seksyen 17 Shah Alam kira-kira pada pukul 8.45 malam.Lalu,dalam sekitar 20 hingga 30 minit kemudian,bapa saudaraku datang mengambil aku dan bapaku beserta rakannya menuju ke rumahnya di Banting iaitu untuk menginap sementara dirumahnya sebelum penerbangan kami pada 7hb Jun 2014.Setelah tiba dirumahnya,kami disambut meriah oleh sepupuku yang turut mengajak aku dan bapaku beserta rakan bapaku untuk menonton bola pada jam 11.30 malam.Aku hanya mengambil masa sekitar 15 minit menonton bola sebelum merasa mengantuk dan terus menuju ke bilik tidur sepupuku setelah diberitahu oleh emak saudaraku.Aku sempat berborak bersama sepupuku yang menunjuk arah kebiliknya sebelum dia keluar semula pada pukul 2 pagi untuk menonton bola.Ketika itu,aku sudah pun tidur lena.

Pada keesokannya pagi di hari Jumaat,aku bangun awal
dalam sekitar pukul 5.30 pagi untuk bersembahyang lalu ku ternampak bapa
saudaraku keluar rumah untuk bekerja.Lalu,aku sempat melihat ayahku dan
rakannya sedang tidur nyenyak berkemungkinan perjalanan yang jauh
semalam.Setelah jam 9 pagi,setelah membersihkan diri (mandi,berus gigi dan
sebagainya),aku,bapaku dan rakan pada bapaku diajak oleh emak saudaraku untuk
ke Pantai Morib yang berdekatan dengan tempat tinggalnya yang dimana tempat itu
selalu aku lihat melalui drama dan filem sahaja.
Salah satu monumen atau tarikan yang terdapat di Pantai Morib.
Peluang ini tidak dilepaskan oleh diriku lalu emak
saudaraku juga membawa kami ke pasaraya Econsave untuk membeli sedikit bahan
untuk memasak sarapan pada pagi ini.Kemudian setelah membeli bahan untuk
memasak,kami terus pulang ke rumahnya dan sementara emak saudaraku memasak,kami
berada di ruang tamu menonton saluran Natinal Geographic yang memaparkan
tentang penghijrahan rama-rama dan kekuatan cerpelai dalam pertarungan
menentang ular orok-orok.Sarapan pagi kami siap pada pukul 10.45 pagi iaitu
nasi briyani bersama ayam goreng besertakan daun salad yang segar.
Terliur
apabila bau wangi masakan emak saudaraku menyapa hidungku ketika berada di
ruang tamu.
Selepas makan,kami pun berehat sebentar di ruang tamu
sebelum mempersiapkan diri untuk sembahyang Jumaat di Masjid Sultan Abdul
Samad.Kami pergi sana dengan menaiki kereta Honda Accord yang dipandu oleh bapa
saudaraku.
Masjid Sultan Abdul Samad yang terletak di Kampung Sri Jugra
Setelah selesai menunaikan sembahyang Jumaat,kami
dibawa pulang oleh bapa saudaraku ke rumahnya.Di sebelah petangnya pula,dia
membawa keluarganya dan kami (aku,bapaku dan rakanya) ke KLIA 2 untuk meninjau
keadaan disana termasuk balai ketibaan,dewan perlepasan,pintu penerbangan yang
betul dan sebagainya sebelum menuju ke restoran yang juga menyediakan sate,nasi
himpit dan roti canai selain nasi campur.Kami semua makan dengan penuh
berselera memandangkan makanan ini yang dibelanja oleh bapa saudaraku yang
bermaksud bayaran makanan ditanggung sepenuhnya.Oleh itu,aku mengucapkan terima
kasih kepadanya semasa menikmati hidangan yang dipesannya dan hanya senyuman
yang terukir di raut wajahnya itu.Selepas kami semua berjaya menghabiskan
makanan masing-masing,kami bergerak pulang ke rumahnya dan sebaik tiba di
rumahnya,ku terus mengambil wuduk bagi menunaikan solat Maghrib dan Isya’
berjemaah.
Lalu,tepat sahaja jam di dinding rumah bapa saudaraku menunjukkan pukul 10 malam,maka aku pun cepat-cepat bergegas ke bilik sepupuku untuk tidur awal bagi memulihkan tenagaku yang dihabiskan dengan aktiviti luar dan bangun awal pada keesokkan harinya untuk menaiki pesawat Air Asia iaitu AK 5246 menuju ke Bintulu yang terletaknya di Bumi Kenyalang.Tempat ini juga menempatkan universiti pilihanku sejak di bangku sekolah lagi.Ayahku dan rakannya masih diruang tamu menonton bola dek aku ketika itu sudah dibuai mimpi.
Pada keesokan paginya,lebih tepat lagi pukul 3 pagi,aku,bapaku dan rakannya bergegas ke bilik air untuk mandi dan perkara sam berlaku kepada bapa dan emak saudaraku yang turut berbuat perkara yang sama memandangkan hari ini (Sabtu bersamaan 7hb Jun 2014) merupakan penerbangan aku dari bumi Semenanjung Malaysia ke tanah Borneo buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku.Kami bertolak dari rumah pada jam 4.30 pagi dengan menaiki kereta Honda Accord yang dipandu oleh bapa saudaraku dan jalan sekitar Banting yang juga merupakan bandar lenggang.Lampu isyarat yang berada sepanjang perjalanan kami menunjukkan warna hijau sehinggalah kami sampai ke KLIA 2 (Memandangkan ketika itu,tiket penerbangan aku,bapaku dan rakannya dibeli oleh bapaku saudaraku,dia telah memilih syarikat penerbangan Air Asia yang berkemungkinan harganya ketika itu murah berbanding syarikat penerbangan nasional,Malaysian Airlines System [MAS] .Jadi,bagi penerbangan Air Asia,kami akan naiki pesawat AK 5246 melalui KLIA 2 manakala bagi yang memilih penerbangan MAS pula,penumpangnya akan menaiki pesawatnya dari KLIA 1).

Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2)
Bapa dan emak saudaraku mengiring rombonganku ke
kaunter penerimaan bagasi sehingga pemeriksaan imigresen memandangkan selepas
kawasan itu dilarang bagi kemasukan bukan penumpang.Rombonganku pun meneruskan
perjalanan ke pintu J19 bagi menaiki penerbangan ke Bintulu.Pesawat AK 5246
yang membawa kami telahpun berada di situ dan kami mula menaiki kapal terbang
tersebut pada pukul 6.30 pagi.Tetapi,sebelum itu,kami dikehendaki untuk
mengeluarkan pas perlepasan (boarding pass) dan kad pengenalan untuk diperiksa
oleh attendan lapangan terbang (kiranya orang yang bekerja melakukan
tugas-tugas am untuk bahagian keselamatan).Kami mendapat tempat duduk D,E dan
F.Tempat duduk F agak istimewa apabila berada di tepi tingkap dan aku tidak
melepaskan peluang berada di sisi pemandangan awan biru lagi bak macam lautan
oksigen ja aku tengok.Penerbangan kami dari KLIA 2 ke Bintulu mengambil masa
selama 2 jam dan sebelum penerbangan,para penumpang (termasuk rombonganku)
diberi taklimat keselamatan oleh pramugari Air Asia jika berlaku apa-apa yang
tidak diingini.
Selepas 15 minit penerbangan,kami mendengar akan maklumat penuh penerbangan kami pada hari itu yang merangkumi maklumat attendan penerbangan seperti nama juruterbang,penolong juruterbang dan ketua attendan penerbangan.Selain itu,maklumat cuaca destinasi yang ditujui.Di samping itu,ucapan penghargaan dari juruterbang kerana memilih syarikat penerbangannya.Seterusnya,kedudukan kapal terbang berada pada altitud (ketinggian pesawat dari tanah).

Pesawat Air Asia (AK 5246) yang dinaiki aku tiba di bumi Kenyalang sekitar jam 9.05 pagi dan sebelum mendarat,sempat juga aku toleh ke tingkap melihat pesisiran pantai yang terdapat di Bintulu.Kemudian,selepas kapal terbang mendarat dengan sempurna dan hac penyambut penumpang melekat di badan kapal terbang itu,rombonganku meneruskan langkah ke pemeriksaan imigresen bagi melepasi pemeriksaan keselamatan.
Kemudian,kami menuju ke tempat tuntutan bagasi.Lalu,kami pun keluar dari lapangan terbang Bintulu untuk menuju ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dengan harapan bas UPMKB ada menunggu kami pada 7hb Jun 2014.Tetapi harapan kami meleset apabila tiada bas UPM.Lalu,tanggapanku selama ini benar memandangkan rombonganku datang terlebih awal.Tapi,kami berjaya mendapatkan pengangkutan kami sendiri ke UPMKB iaitu dengan menaiki teksi yang sudah banyak menunggu bakal pelanggan di hadapan lapangan terbang Bintulu.Bagi pengalamanku sampai ke UPMKB,akan ku ceritakan dalam entri seterusnya.