Pages

Sunday, July 26, 2015

Perjalanan Menuju Ke Universiti Pilihan

Liku Perjalananku ke UPMKB

Perjalananku bermula dari Terminal Bas Ekspress Sungai Petani pada hari Khamis bersamaan 5hb Jun 2014 bersama bapaku dan rakannya yang mengambil bas syarikat Supernice (KL Prestij) yang menyediakan perkhidmatan bas dua tingkat dan mesra pelanggan.Bas yang aku naiki bersama bapaku dan seorang rakannya bertolak pada pukul 11.30 tengahari setelah penumpang diperiksa akan tiketnya.Sebelum itu,aku dan rakan pada ayahku mengambil tempat duduk  berkembar manakala bapaku mengambil tempat duduk solo di tepi tingkap.Beginilah keadaan yang ku perkatakan dalam bas ini.



Ayahku berada disebelah kiri (sebelah kanan gambar) bagi memerhatikan beg yang dibawa keluar penumpang lain semasa berhenti di sesuatu perhentian,manakala aku dan rakannya pula tidur di sebelah kanan (sebelah kiri  gambar).

   Lalu,bas yang kami naiki berhenti di perhentian Tapah dalam sekitar 15 minti sebelum meneruskan perjalanan ke metropolitan Kuala Lumpur.Semasa bas kami menyusuri Kuala Lumpur,kami dapat melihat bangunan yang tinggi,monorel dan kesesakan jalan rayanya yang membuat diriku berasa pening dan meloya memandangkan perjalanan selama 3 jam yang lalu kuhabiskan dengan tidur sahaja.Bangun sahaja,terlihat akan daku Menara Berkembar Petronas,Menara KL dan pengguna jalan raya yang baru pulang dari kerja agaknya.

   Bas yang ku naiki juga membawa aku melalui Mahkamah Syariah di Jalan Duta.Bas yang memuatkan kami sampai di Terminal Bas Seksyen 17 Shah Alam kira-kira pada pukul 8.45 malam.Lalu,dalam sekitar 20 hingga 30 minit kemudian,bapa saudaraku datang mengambil aku dan bapaku beserta rakannya menuju ke rumahnya di Banting iaitu untuk menginap sementara dirumahnya sebelum penerbangan kami pada 7hb Jun 2014.Setelah tiba dirumahnya,kami disambut meriah oleh sepupuku yang turut mengajak aku dan bapaku beserta rakan bapaku untuk menonton bola pada jam 11.30 malam.Aku hanya mengambil masa sekitar 15 minit menonton bola sebelum merasa mengantuk dan terus menuju ke bilik tidur sepupuku setelah diberitahu oleh emak saudaraku.Aku sempat berborak bersama sepupuku yang menunjuk arah kebiliknya sebelum dia keluar semula pada pukul 2 pagi untuk menonton bola.Ketika itu,aku sudah pun tidur lena.

   Pada keesokannya pagi di hari Jumaat,aku bangun awal dalam sekitar pukul 5.30 pagi untuk bersembahyang lalu ku ternampak bapa saudaraku keluar rumah untuk bekerja.Lalu,aku sempat melihat ayahku dan rakannya sedang tidur nyenyak berkemungkinan perjalanan yang jauh semalam.Setelah jam 9 pagi,setelah membersihkan diri (mandi,berus gigi dan sebagainya),aku,bapaku dan rakan pada bapaku diajak oleh emak saudaraku untuk ke Pantai Morib yang berdekatan dengan tempat tinggalnya yang dimana tempat itu selalu aku lihat melalui drama dan filem sahaja.


Salah satu monumen atau tarikan yang terdapat di Pantai Morib.

   Peluang ini tidak dilepaskan oleh diriku lalu emak saudaraku juga membawa kami ke pasaraya Econsave untuk membeli sedikit bahan untuk memasak sarapan pada pagi ini.Kemudian setelah membeli bahan untuk memasak,kami terus pulang ke rumahnya dan sementara emak saudaraku memasak,kami berada di ruang tamu menonton saluran Natinal Geographic yang memaparkan tentang penghijrahan rama-rama dan kekuatan cerpelai dalam pertarungan menentang ular orok-orok.Sarapan pagi kami siap pada pukul 10.45 pagi iaitu nasi briyani bersama ayam goreng besertakan daun salad yang segar.



Terliur apabila bau wangi masakan emak saudaraku menyapa hidungku ketika berada di ruang tamu.

   Selepas makan,kami pun berehat sebentar di ruang tamu sebelum mempersiapkan diri untuk sembahyang Jumaat di Masjid Sultan Abdul Samad.Kami pergi sana dengan menaiki kereta Honda Accord yang dipandu oleh bapa saudaraku.


Masjid Sultan Abdul Samad yang terletak di Kampung Sri Jugra

   Setelah selesai menunaikan sembahyang Jumaat,kami dibawa pulang oleh bapa saudaraku ke rumahnya.Di sebelah petangnya pula,dia membawa keluarganya dan kami (aku,bapaku dan rakanya) ke KLIA 2 untuk meninjau keadaan disana termasuk balai ketibaan,dewan perlepasan,pintu penerbangan yang betul dan sebagainya sebelum menuju ke  restoran yang juga menyediakan sate,nasi himpit dan roti canai selain nasi campur.Kami semua makan dengan penuh berselera memandangkan makanan ini yang dibelanja oleh bapa saudaraku yang bermaksud bayaran makanan ditanggung sepenuhnya.Oleh itu,aku mengucapkan terima kasih kepadanya semasa menikmati hidangan yang dipesannya dan hanya senyuman yang terukir di raut wajahnya itu.Selepas kami semua berjaya menghabiskan makanan masing-masing,kami bergerak pulang ke rumahnya dan sebaik tiba di rumahnya,ku terus mengambil wuduk bagi menunaikan solat Maghrib dan Isya’ berjemaah.

   Lalu,tepat sahaja jam di dinding rumah bapa saudaraku menunjukkan pukul 10 malam,maka aku pun cepat-cepat bergegas ke bilik sepupuku untuk tidur awal bagi memulihkan tenagaku yang dihabiskan dengan aktiviti luar dan bangun awal pada keesokkan harinya untuk menaiki pesawat Air Asia iaitu AK 5246 menuju ke Bintulu yang terletaknya di Bumi Kenyalang.Tempat ini juga menempatkan universiti pilihanku sejak di bangku sekolah lagi.Ayahku dan rakannya masih diruang tamu menonton bola dek aku ketika itu sudah dibuai mimpi.

   Pada keesokan paginya,lebih tepat lagi pukul 3 pagi,aku,bapaku dan rakannya bergegas ke bilik air untuk mandi dan perkara sam berlaku kepada bapa dan emak saudaraku yang turut berbuat perkara yang sama memandangkan hari ini (Sabtu bersamaan 7hb Jun 2014) merupakan penerbangan aku dari bumi Semenanjung Malaysia ke tanah Borneo buat pertama kalinya dalam sejarah hidupku.Kami bertolak dari rumah pada jam 4.30 pagi dengan menaiki kereta Honda Accord yang dipandu oleh bapa saudaraku dan jalan sekitar Banting yang juga merupakan bandar lenggang.Lampu isyarat yang berada sepanjang perjalanan kami menunjukkan warna hijau sehinggalah kami sampai ke KLIA 2 (Memandangkan ketika itu,tiket penerbangan aku,bapaku dan rakannya dibeli oleh bapaku saudaraku,dia telah memilih syarikat penerbangan Air Asia yang berkemungkinan harganya ketika itu murah berbanding syarikat penerbangan nasional,Malaysian Airlines System [MAS] .Jadi,bagi penerbangan Air Asia,kami akan naiki pesawat AK 5246 melalui KLIA 2 manakala bagi yang memilih penerbangan MAS pula,penumpangnya akan menaiki pesawatnya dari KLIA 1).


Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2)

   Bapa dan emak saudaraku mengiring rombonganku ke kaunter penerimaan bagasi sehingga pemeriksaan imigresen memandangkan selepas kawasan itu dilarang bagi kemasukan bukan penumpang.Rombonganku pun meneruskan perjalanan ke pintu J19 bagi menaiki penerbangan ke Bintulu.Pesawat AK 5246 yang membawa kami telahpun berada di situ dan kami mula menaiki kapal terbang tersebut pada pukul 6.30 pagi.Tetapi,sebelum itu,kami dikehendaki untuk mengeluarkan pas perlepasan (boarding pass) dan kad pengenalan untuk diperiksa oleh attendan lapangan terbang (kiranya orang yang bekerja melakukan tugas-tugas am untuk bahagian keselamatan).Kami mendapat tempat duduk D,E dan F.Tempat duduk F agak istimewa apabila berada di tepi tingkap dan aku tidak melepaskan peluang berada di sisi pemandangan awan biru lagi bak macam lautan oksigen ja aku tengok.Penerbangan kami dari KLIA 2 ke Bintulu mengambil masa selama 2 jam dan sebelum penerbangan,para penumpang (termasuk rombonganku) diberi taklimat keselamatan oleh pramugari Air Asia jika berlaku apa-apa yang tidak diingini.

   Selepas 15 minit penerbangan,kami mendengar akan maklumat penuh penerbangan kami pada hari itu yang merangkumi maklumat attendan penerbangan seperti nama juruterbang,penolong juruterbang dan ketua attendan penerbangan.Selain itu,maklumat cuaca destinasi yang ditujui.Di samping itu,ucapan penghargaan dari juruterbang kerana memilih syarikat penerbangannya.Seterusnya,kedudukan kapal terbang berada pada altitud (ketinggian pesawat dari tanah).
   
   Pesawat Air Asia (AK 5246) yang dinaiki aku tiba di bumi Kenyalang sekitar jam 9.05 pagi dan sebelum mendarat,sempat juga aku toleh ke tingkap melihat pesisiran pantai yang terdapat di Bintulu.Kemudian,selepas kapal terbang mendarat dengan sempurna dan hac penyambut penumpang melekat di badan kapal terbang itu,rombonganku meneruskan langkah ke pemeriksaan imigresen bagi melepasi pemeriksaan keselamatan.

   Kemudian,kami menuju ke tempat tuntutan bagasi.Lalu,kami pun keluar dari lapangan terbang Bintulu untuk menuju ke Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB) dengan harapan bas UPMKB ada menunggu kami pada 7hb Jun 2014.Tetapi harapan kami meleset apabila tiada bas UPM.Lalu,tanggapanku selama ini benar memandangkan rombonganku datang terlebih awal.Tapi,kami berjaya mendapatkan pengangkutan kami sendiri ke UPMKB iaitu dengan menaiki teksi yang sudah banyak menunggu bakal pelanggan di hadapan lapangan terbang Bintulu.Bagi pengalamanku sampai ke UPMKB,akan ku ceritakan dalam entri seterusnya.
        


0 comments:

Post a Comment