Pages

Sunday, July 19, 2015

Perkenalan dengan Dunia Penerbangan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua yang melewati blog ini.

Buat pertama kalinya,ku memulakan langkahku menuju ke universiti  pilihan (Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu) setelah melakukan pelbagai kajian tentang latar belakangnya dan membaca blog demi blog yang dibuat pelajar yang menuntut disana.Pertama sekali,namaku Zack dari program Diploma Pengurusan Perladangan Makanan yang telah melalui pelbagai proses untuk datang ke sini,lalu ingin ku ceritakan proses yang aku sendiri tidak tahu buat pertama kalinya pada bakal pelajar yang mungkin melanjutkan pelajaran di sini atau umum yang ingin mengenali universiti atau tempat ini dengan lebih lagi.

Sebelum itu,proses yang tidak pernah aku lalui sebelum ini (sekarang dah mahir dah) adalah cara membeli tiket kapal terbang.Untuk datang ke Bintulu,kebanyakan orang akan memilih pengangkutan udara memandangkan tempoh penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 @ 2 hanya mengambil masa sekitar 2 jam sahaja dan mungkin berubah jadualnya sekiranya terdapat faktor dalaman terjadi seperti penyelenggaraan kapal terbang, serta faktor luaran seperti cuaca.

  
Cara-cara Menempah Tiket Kapal Terbang

Kapal terbang MAS jenis Boeing 737

1.Buka mana-mana laman web syarikat penerbangan yang anda inginkan.
*Sebagai saranan,Air Asia menyediakan perkhidmatan yang baik dari segi penerbangan   domestik dan perkhidmatan penerbangan ke luar negara lebih berbaloi jika memilih penerbangan Malaysia Airlines (MAS).
*Saya akan nyatakan beberapa link ke laman web syarikat penerbangan tempatan.

2.Kemudian,anda akan dipaparkan laman 
syarikat penerbangan tersebut,cari 
perkataan ‘booking’ dan klik di situ.
Ingat! Perkataan ‘ booking’.
Jika tiada,anda boleh teruskan ke langkah 3.

                                                                                                 Logo Air Asia (AA)

3. Setelah itu, anda akan diberikan pilihan untuk memilih destinasi yang ditujui dan bagi memudahkan anda,carian destinasi boleh dilakukan menggunakan  singkatan nama tempat atau lapangan terbang dan apabila muncul singkatan tempat atau destinasi yang diingini,anda klik tempat yang muncul hasil carian singkatan anda.


Bagi yang baru menggunakan perkhidmatan ini,anda boleh klik pada tempat asal (origin) yang bermaksud lapangan terbang yang terdekat dengan anda dan jika anda kurang pasti dengan penggunaan carian singkatan,anda boleh lihat semua tempat di dalam Malaysia dengan menklik pada tempat asal atau tempat anda akan bertolak untuk ke destinasi.
Jangan risau ada beberapa sahaja lapangan terbang di negara kita.Oh ya,untuk pengetahuan anda semua, syarikat kapal terbang juga ada menyediakan pakej sehala dan ulang alik.Hal ini bermakna kita bebas untuk memilih sama ada membeli pakej pergi dan balik atau pergi sahaja.Okay,jom tengok pula contoh perkataan atau carian tempat yang disingkatkan adalah:

i) Kuala Lumpur = KUL               iii) Kuching = KCH
ii) Pulau Pinang = PEN                  iv) Bintulu = BTU
v)Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim = AOR




4)  Selepas memilih destinasi, anda akan dibawa ke laman (page) yang baru. Dalam laman (page) ini, anda akan melihat sendiri harga yang disenaraikan mengikut tarikh dan akan disenaraikan juga cukai-cukai seperti cukai lapangan terbang,surcaj minyak malahan cukai pembayaran bagi pemprosesan secara debit (bayar melalui CiMB Click).                                                 Logo Malaysia Airline (MAS)

Jadi, pada ketika inilah anda akan melihat sendiri harga untuk menaiki kapal terbang bersama cukai.

*Tips untuk anda yang hendak menaiki atau menempah tiket kapal terbang, sentiasa memantau harga tiket dua bulan lebih awal sebelum tarikh berlepas yang diinginkan.Hal ini disebabkan, harga tiket sekarang adalah tidak menentu dan mengikut harga pasaran dunia. Jadi,bertindaklah dengan bijak.Sekiranya bernasib baik,anda mendapat harga yang sangat berpatutan.



5) Selepas melalui proses pemilihan tarikh, anda selangkah ke hadapan untuk membeli tiket. Dalam proses seterusnya,anda diminta mengisi maklumat tentang penumpang
[isikan nama anda,nama keluarga anda (bagi yang Islam,anda bolehlah letak nama bapa anda),pilih kenegaraan,tarikh lahir anda dan akaun BigShots (AirAsia){jika ada}.



6)Setelah anda mengisi segala maklumat yang dikehendaki,anda akan dibawa ke suatu laman baru yang meminta anda memilih berapa berat bagasi yang anda akan bawa.Di bawah akan dinyatakan harga berat bagasi yang perlu dibayar sekiranya ada atau dibawa.

*Jika anda hendak datang ke Bintulu untuk belajar di IPTA tempatan,maka anda akan menggunakan perkhidmatan ini memandangkan anda membawa beg atau bagasi yang besar bukan untuk menetap disana 2 hingga 4 bulan.

*Pembayaran bagasi ini dikenakan oleh syarikat Air Asia kerana ada sesetengah penumpang (selalunya pelancong luar negara) tidak membawa sebarang bagasi,jadi mereka tidak perlu membayar untuk perkhidmatan ini.

*Bagi MAS pula,bayaran tiket kapal terbang telah merangkumi bayaran perkhidmatan bagasi ini dan berat yang dibenarkan adalah sebanyak 10 ke 20 kg (bermula 8 Februari 2020).
Contoh bagasi yang sesuai


Kadar Berat Bagasi yang Dibenarkan
Bayaran yang Dikenakan
15 kg
RM 31.80
20 kg
RM 37.50
25 kg
RM 49.50
30 kg
RM 75.60
40 kg
RM 137.50

*Kadar bayaran yang Dikenakan oleh Air Asia ke atas Bagasi mengikut Kadar Berat (berdasarkan harga yang dipaparkan pada 05/04/2020)

Selain itu,di laman ini juga terdapat pilihan makanan yang anda hendak makan semasa dalam penerbangan dan ianya berbayar apabila menu yang ada pilih di laman ini akan dimasukkan ke dalam tab pembayaran anda kelak.

Di samping itu,anda juga boleh memilih tempat duduk anda dan ini juga akan dikenakan bayaran sebanyak RM 6 tetapi anda boleh abaikan pilihan ini kerana kelak anda mencetak pas perlepasan (boarding pass),anda akan diberikan tempat duduk secara automatik dimana ia mungkin bukan tempat yang anda inginkan seperti di tepi tingkap dan mungkin tempat duduk anda di belakang pesawat atau ditengah-tengah penumpang yang lain.

Seterusnya,di laman ini juga akan ditawarkan akan pembelian insurans sekiranya berlaku apa-apa sebelum,semasa dan selepas penerbangan,anda dilindungi,dapat membuat tuntutan terhadap barang anda yang rosak semasa pengendalian di lapangan terbang dan sebagainya sekiranya berlaku.



7)Kemudian,anda akan dibawa ke laman pembayaran tiket kapal terbang anda dimana butir-butir pembayaran telah diringkaskan di bahagian kanan laman untuk pengetahuan bakal penumpang mengenai akan bayaran butir penerbangan,perkhidmatan dan bayaran surcaj yang mereka perlu buat.


Anda juga dikehendaki untuk mengisi semua maklumat berkaitan anda sekali lagi termasuk orang yang akan dihubungi sekiranya berlaku kecemasan dan alamat emel anda bagi memudahkan pihak syarikat penerbangan menghantar peingatan tentang penerbangan anda serta jadual perjalanan anda.Lalu,anda akan diberikan beberapa cara pembayaran dimana kebanyakan pembayaran atas talian atau secara debit dari akaun anda.Kad kredit juga boleh digunakan untuk pembayaran tiket.




8)Maka,berakhirlah proses membeli tiket kapal terbang.Oopps..sebenarnya 14 hari sebelum hari penerbangan,anda dikehendaki check-in di laman web syarikat penerbangan itu.Jika anda memilih Air Asia,maka anda tulislah check-in di carian internet.

Ketika di laman ini,anda pilih tab Web check-in lalu masukkan atau pilih nama lapangan terbang yang anda berlepas.Anda juga perlu memasukkan no tempahan di dalam ruangan yang tertera akan "booking number" yang dikelabukan itu serta isikan nama bapa di bahagian nama keluarga jika anda seorang Muslim.

Lalu,Air Asia akan menghantar pada anda akan pas pelepasan anda melalui emel anda dan anda dikehendaki mencetak dan membawanya semasa hari penerbangan beserta kad pengenalan dan dokumen penting yang lain.



Selamat menikmati penerbangan pertama anda!

1 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete