Assalam.. dan salam sejahtera saya ucapkan pada yang mengunjungi ke blog ini,
Seperti yang dijanjikan di entri yang ke 3, akan saya ceritakan bagaimana kehidupan disini mengolah saya menjadi seorang insan yang sentiasa sabar (96 kali perkataan sabar ini diulang), bersyukur, bersemangat, empati dan meneroka peluang, bukan seorang pelajar, tegas sekali saya disini adalah perkataan "insan". Kerana apa? Nantikan.. "skrol kebawah skit๐
Disini, saya belajar menjadi insan yang menghargai dengan apa yang saya punyai. Semasa menuntut ilmu disini sebagai pelajar diploma, pastinya pelbagai suka dan duka saya hadapi, tetapi warna kehidupan itu yang menjadikan saya siapa pada hari ini. Saya ingin menceritakan pengalaman terbabit, tetapi bila difikirkan balik, biar anda merasai perjalanan itu๐๐ sendiri.
Hal ini menerusi satu filem berjudul "The Twilight Saga - Eclipse (2010)" (haha.. bnyk kali saya ulang citer nih, memang habis siri dier saya tengok) Anna Kendrick sebagai pelajar dalam citer ni (ketika memberi ucapan "graduasi" dari sekolah) ini memberi suatu anekdot/kata2 motivasi yang bagus didalam cerita ni dimana waktu kita masih kecil, pelbagai orang akan tanya kita akan cita2 kita, dan pastinya pelbagai jawpaan kita beri sehinggakan pabila kita sudah menjadi dewasa, jawapaanya akan menjadi sedikit berlainan (dan lebih realistik๐๐๐) ia adalah masa untuk mengambil peluang (mungkin peluang, atau pengalaman) dengan mencuba sesuatu yang tidak pasti tujunya kerana apa? Kerana melalui kesalahan lah kita belajar untuk menjadi lebih baik di masa hadapan.
Apa yang pelakon tu cakap, sungguhpun ianya hanya skrip dalam lakonan, memberi kan kesan mendalam pada saya untuk terus berjaya sugguhpun saya perlu gagal untuk 20 ke 30 kali demi sebuah kejayaan.
Baiklah, cerita entri kali ini bermula apabila baru-baru ini, kita dikejutkan dengan wabak COVID-19 yang telah melanda kita semua. Ketika ini, saya masih belajar disini (sekarang masih menunggu keputusan disemester terakhir) dan sedang melaksanakan projek akhir tahun bagi mendapatkan segulung ijazah. Pada mulanya, saya agak gembira apabila kajian saya berjalan dengan lancarnya, semuanya mencukupi, senang cerita, hidup ini begitu bahagia.. gitu... setelah wabak ini melanda, saya di fasa2 akhir kajian dan setelah dikhabarkan bahawa kesemua institut pengajian akan ditutup buat sementara waktu, saya berfikir mungkin ini akan mengambil masa yang singkat sahaja sebelum semua ini berakhir namun jangkaan saya meleset sama sekali.
Kampus saya terpaksa tutup untuk beberapa bulan (sekarang, mungkin sudah buka semula) dan disini saya mulai berasa susah hati sedikit kerana beberapa perkara akan menjadi rumit sedikit. Bagaimana lah kelas yang saya selalu ikuti, bagaimanalah amali yang selalu saya ikut dengan seronoknya (ya, seronok tapi sangat bermanfaat hingga ke hari ini), bagaimana, bagaimana, bagaimana, bagaimana,itu lah perkataan yang berlegar didalam kepala saya, namun semua ini berakhir apabila platform media iaitu tele-video akhirnya digunakan sepenuhnya untuk kelas, amali dan lain-lain lagi.
![]() |
| Dia pon pening ngan masalah aku. Sumber .gif: Tenor.com |
Ini lah masa yang sangat saya nantikan kerana sebelum ini saya hanya mampu melihat di YouTube dan lain-lain sumber sahaja, kini saya yang akan mengaplikasikan teknologi ini kedalam pengajian saya, dan ternyata ini adalah pengalaman yang menarik, terutama jaringan internet di kampus sangatlah baik menjadikan kelas dan amali terasa lebih dekat berbanding di dalam kelas itu sendiri mahupun lapangan (tahu2lah, pelajar yang selalu "laju" ini akan lebih aktif bertanyakan soalan didalam kelas bukan maya), namun pabila kelas maya, saya berasakan soalan yang saya tanyakan adalah lebih mudah difahami (pastinya cepat lagi dari pelajar yang "cc tinggi ni) oleh pensyarah dan baru lah saya sedar, kenapa negara maju, awal2 sudah menggunakan teknologi sedemikian rupa, kerana ianya lebih efektif (tak dinafikan ada juga kebaikan dan kekurangan kedua-dua cara pembelajaran ini).
Pembelajaran disini adalah lebih tenang, tentu sekali bebas dari trafik yang sibuk serta bising.. mudah kata, sesuai untuk seseorang pelajar untuk menuntut ilmu disini. Kerana pengalaman saya sebelum ini, orang yg cerdik dan cerdas kebanyakkan orang yg tinggal dikawasan yang dikelilingi suasana sebegini rupa, baru lah saya mengerti darimana kebolehan mereka dalam memberi perhatian dan fokus yang tinggi datang.
![]() |
| Suasana di Taman Rhu Bukit di UPMKB. |
Ingin saya kupaskan lagi bagaimana kehidupan di UPMKB sebenarnya, akan tetapi terdapat blogger yang telah melakukan perkara ini terlebih dahulu dan penulisan dia adalah lebih baik dari saya (sebagai contoh, Blog Ceritera UPMKB), oleh itu, saya bercadang akan menukar topik dan jenis blog ini kearah 'genre' lain gitu (termasuklah bahasa, menjadikan ia lebih globalism?๐). Sehingga kita ketemu lagi, di topik seterusnya.


0 comments:
Post a Comment